Pekeliling Perkhidmatan Awam Terbaru

Wednesday, August 19, 2009

Gotong Royong Perdana

Gotong Royong perdana berjaya diadakan di Klinik ini pada 20hb Ogos 2009. Semangat kerjasama ini amat diperluakan bagi menceriakan lagi klinik ini.

Wednesday, May 6, 2009

Kursus HIV/AIDS dan Wanita


7hb Mei 2009, Bandar Permaisuri. Kursus HIV/AIDS dan Wanita telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah Masjid Bandar Permaisuri. Kursus kesedaran ini telah dihadiri oleh PERKAP, Wanita Kemas, Wanita UMNO, wakil-wakil jabatan kerajaan dan guru-guru sekolah menengah Daerah Setiu.

Ceramah telah disampaikan oleh PPKPK Hj Zulkiflee Abdullah, Dr Suhazeli bin Abdullah, En Zahrin dari Prihatin dan Puan Norzaimah Hussein.

Tuesday, April 28, 2009

Kursus Pengenalan Kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993


Kurus ini telah dijalankan pada 29hb hingga 30 hb April 2009 bertempat di Bilik Seminar Klinik Kesihatan Rahmat. Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan peraturan-peraturan Pegawai Awam.

Monday, March 30, 2009

Bacaan Doa Pagi

Mulai 1hb April 2009, Klinik Kesihatan Permaisuri akan membaca doa pagi. Bacaan doa ini bagi mencari keberkatan dalam menjalankan tugas dan memohon supaya pesakit yang hadir ke klinik ini akan lekas sembuh.

Saturday, March 28, 2009

Projek Naik Taraf Klinik Kesihatan Permaisuri


Kerja-kerja sedang dijalankan bagi projek naik taraf KK Permaisuri. Projek dijangka siap pada pertengahan bulan mei 2009. Setelah siap, bahagian depan klinik akan semakin besar dan bilik pendaftaran akan berubah.

Kem Kesihatan 2009


12hb Mac 2009, Penarik, Setiu. Klinik Kesihatan Permaisuri dengan kerjasama Panel Penasihat Klinik telah berjaya mengadakan satu kem kesihatan. Tujuan utama kem kesihatan diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada penduduk setempat mengenai kepentingan menjaga kesihatan. Kem tersebut telah berjaya disempurnakan perasmiannya oleh YB En Halim.