Wednesday, August 19, 2009
Gotong Royong Perdana
Gotong Royong perdana berjaya diadakan di Klinik ini pada 20hb Ogos 2009. Semangat kerjasama ini amat diperluakn bagi menceriakan lagi klinik ini.
Wednesday, May 6, 2009
Kursus HIV/AIDS dan Wanita

7hb Mei 2009, Bandar Permaisuri. Kursus HIV/AIDS dan Wanita telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah Masjid Bandar Permaisuri. Kursus kesedaran ini telah dihadiri oleh PERKAP, Wanita Kemas, Wanita UMNO, wakil-wakil jabatan kerajaan dan guru-guru sekolah menengah Daerah Setiu.
Ceramah telah disampaikan oleh PPKPK Hj Zulkiflee Abdullah, Dr Suhazeli bin Abdullah, En Zahrin dari Prihatin dan Puan Norzaimah Hussein.
Tuesday, April 28, 2009
Kursus Pengenalan Kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Monday, March 30, 2009
Bacaan Doa Pagi
Saturday, March 28, 2009
Projek Naik Taraf Klinik Kesihatan Permaisuri
Kem Kesihatan 2009

12hb Mac 2009, Penarik, Setiu. Klinik Kesihatan Permaisuri dengan kerjasama Panel Penasihat Klinik telah berjaya mengadakan satu kem kesihatan. Tujuan utama kem kesihatan diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada penduduk setempat mengenai kepentingan menjaga kesihatan. Kem tersebut telah berjaya disempurnakan perasmiannya oleh YB En Halim.
Wednesday, October 15, 2008
Seminar Pandemik Influenza
Influenza atau flu adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza. Pandemik influenza adalah kejadian wabak influenza yang menyerang sebahagian besar dari penduduk dunia. Ia berlaku akibat dari kemunculan virus influenza baru yang mana penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus tersebut. Kebimbangan sekarang adalah selesema burung yang akan bertukar kepada bentuk jangkitan yang berisiko tinggi kepada manusia dan mudah merebak di antara satu sama lain.Virus Influenza yang baru muncul adalah daripada proses yang dipanggil antugenic shift dimana menyebabkan pertukaran tiba-tiba dan perubahan yang besar kepada virus A Influenza. Pertukaran ini berlaku apabila protein di permukaan virus bercampur dan ini menyebabkan mutasi atau bertukar bahan genetik antara pelbagai virus influenza. Jikalau berlaku kepada virus A Influenza subtype, dan ia boleh berjangkit kepada manusia dan merebak dengan mudah dari seorang ke seorang , Influenza Pandemik boleh berlaku.
Objektif
Meningkat pengetahuan dan kemahiran di anggota kesihatan untuk menghadapi pandemik infuenza yang berlaku di Malaysia umumnya dan di daerah Setiu khususnya. Dengan pengetahuan yang diberikan langkah-langkah awal dan tindakan yang sepatutnya perlu dilakukan oleh anggota tersebut supaya kadar kejadian dan risiko jangkitan penyakit berjangkit dapat dikurangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



