Pekeliling Perkhidmatan Awam Terbaru

Wednesday, October 15, 2008

Seminar Pandemik Influenza

Influenza atau flu adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza. Pandemik influenza adalah kejadian wabak influenza yang menyerang sebahagian besar dari penduduk dunia. Ia berlaku akibat dari kemunculan virus influenza baru yang mana penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus tersebut. Kebimbangan sekarang adalah selesema burung yang akan bertukar kepada bentuk jangkitan yang berisiko tinggi kepada manusia dan mudah merebak di antara satu sama lain.
Virus Influenza yang baru muncul adalah daripada proses yang dipanggil antugenic shift dimana menyebabkan pertukaran tiba-tiba dan perubahan yang besar kepada virus A Influenza. Pertukaran ini berlaku apabila protein di permukaan virus bercampur dan ini menyebabkan mutasi atau bertukar bahan genetik antara pelbagai virus influenza. Jikalau berlaku kepada virus A Influenza subtype, dan ia boleh berjangkit kepada manusia dan merebak dengan mudah dari seorang ke seorang , Influenza Pandemik boleh berlaku.

Objektif

Meningkat pengetahuan dan kemahiran di anggota kesihatan untuk menghadapi pandemik infuenza yang berlaku di Malaysia umumnya dan di daerah Setiu khususnya. Dengan pengetahuan yang diberikan langkah-langkah awal dan tindakan yang sepatutnya perlu dilakukan oleh anggota tersebut supaya kadar kejadian dan risiko jangkitan penyakit berjangkit dapat dikurangkan.

Wednesday, October 8, 2008

Mesyuarat sempena Kempen Kesihatan Mental Peringkat Negeri Terengganu 2008


Mesyuarat sempena Kempen Kesihatan Mental Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 8hb Oktober 2008. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr Jeriah bt Ismail, Pegawai Kesihatan Daerah Setiu merangkap Timbalan Pengerusi Program Kempen. Kempen Kesihatan Mental dijangka akan diadakan pada 1hb November 2008.