Virus Influenza yang baru muncul adalah daripada proses yang dipanggil antugenic shift dimana menyebabkan pertukaran tiba-tiba dan perubahan yang besar kepada virus A Influenza. Pertukaran ini berlaku apabila protein di permukaan virus bercampur dan ini menyebabkan mutasi atau bertukar bahan genetik antara pelbagai virus influenza. Jikalau berlaku kepada virus A Influenza subtype, dan ia boleh berjangkit kepada manusia dan merebak dengan mudah dari seorang ke seorang , Influenza Pandemik boleh berlaku.
Objektif
Meningkat pengetahuan dan kemahiran di anggota kesihatan untuk menghadapi pandemik infuenza yang berlaku di Malaysia umumnya dan di daerah Setiu khususnya. Dengan pengetahuan yang diberikan langkah-langkah awal dan tindakan yang sepatutnya perlu dilakukan oleh anggota tersebut supaya kadar kejadian dan risiko jangkitan penyakit berjangkit dapat dikurangkan.